tapi, siapa mereka?
mereka, manusia yang tidak pernah puas
manusia yang tidak pernah cukup
yang hanya nampak kejahilan seseorang
yang hanya memaksa seseorang memenuhi impian mereka
mengapa mereka selalu ada?
adanya bukan untuk membantu, bukan untuk memberi semangat dan dorongan
tapi cacian, kebencian dan pandangan negatif
kata nista dan pandangan serong
menghukum tanpa memeriksa
memfitnah tanpa belas
apa mereka mahu?
entah, aku tidak mengerti
mereka mahu kesempurnaan di dalam dunia yang tidak sempurna
mahu kepuasan sedangkan mereka tahu mereka tidak akan puas
mahu malaikat sedangkan tiada kebaikan yang mereka buat...
idamkan syurga dunia dengan usaha mereka menjatuhkan orang lain
tidak, aku tidak faham
siapa mereka, mengapa mereka ada dan apa mahu mereka...
aku tidak faham,
mengapa mereka merasa megah
dengan menjatuhkan orang lain
menghancurkan impian orang lain
meranapkan kehidupan orang lain walhal orang itu saudara mereka
tidak, aku tidak akan pernah faham
mereka yang hanya mementingkan kepuasan diri
mementingkan kemegahan
dari kehormatan dan kemuliaan
dari berkat dan keredaan Ilahi
dhean, 23.54, 13/2/2k16